Syarat dan Terma Pembelian

Untuk pembelian Tudung Syauqina


  • Saya mengalu-alukan pembeli yang serius ingin menempah dan membeli tudung Syauqina.
  • Tudung yang dipaparkan di blog ini adalah dalam keadaan baru dijahit (bukan preloved atau sudah dipakai)
  • Untuk sebarang tempahan tudung, bayaran penuh atau deposit 50% perlu dibuat selepas pengesahan tempahan. Bertujuan untuk pembelian kain. Baki bayaran 50% lagi perlu diselesaikan selepas tudung siap dijahit dan sedia untuk dihantar/dipos.
  • Untuk pembelian tudung siap/ready stock hijab, bayaran dalam masa 24jam amatlah digalakkan. Sekiranya terdapat kesulitan untuk melakukan pembayaran segera, sila beritahu pihak kami. Jika tiada sebarang respon dari pihak pembeli, kami berhak untuk menjual tudung tersebut kepada senarai menunggu.
  • Kami tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan tudung semasa proses penghantaran menggunakan Poslaju kerana kami yakin produk yang kami hantar adalah dalam keadaan sangat baik.
  • Semua pembayaran perlu dilakukan ke dalam akaun Maybank atau CIMB kami. (Hanya akan diberi selepas pengesahan tempahan/pembelian.